Tuesday, April 28, 2009

Surat Kiriman

Muhammad Asyraf
Blk 354 Tampines St 33
#02-518
Singapura 520354

29/04/09

Pengurus Sistic
5 Stadium Walk
#08-01
Singapore Indoor Stadium
Singapore 196793

Tuan

PER: PERKHIDMATAN YANG KURANG MEMUASKAN

Berhubung perkara di atas, saya selaku pelanggan Sistic dengan sukacitanya ingin membuat aduan tentang perkhidmatan yang diadakan yang kurang memuaskan.

Pertama, layanan jurujual di kaunter tidak sopan. Dia berbual dalam sikap yang kurangajar. Mukanya garang. Dia tidak memberi senyuman kepada pelanggan. Dia juga kelihatan bosan membuat pekerjaan ini. Dia tidak bersemangat untuk melayan pelanggan-pelanggan yang perlukan pertolongan.

Kedua, saya menghadapi beberapa masalah apabila saya mengunjungi lelaman tuan. Masa ia mengambil untuk membuka sangat lama. Harga untuk tiket-tiket yang dijual oleh tuan tidak ditunjuki dalam lelaman tuan. Lelaman tuan juga seperti tidak dikemaskini. Tiket-tiket yang terbaru tidak terdapat di lelaman tuan. Kadang-kala, lelaman tuan tiba-tiba terhenti dan tidak berfungsi. Saya harap tuan akan memanggil seorang yang pakar untuk membaiki lelaman tuan.

Saya berharap tuan dapat memperbaiki semua masalah yang saya telah sebuti di atas supaya lebih senang untuk pelanggan-pelanggan seperti saya untuk membeli tiket. Kerjasama yang diberikan oleh tuan terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih

Yang benar

[MUHAMMAD ASYRAF]

Thursday, April 23, 2009

Dialog Cuaca Klimaks

“Boohoo… Ahmad…. Boohoo…,” Aku terjaga dari tidur apabila medengar namaku dipanggil.. Suara yang nyaring itu mengacau suasana diam di dalam bilik kamarku. Pintu bilik tiba-tiba tertutup dan jendelaku terbuka serta angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku. Aku takut. Suara itu bersambungan. Suara itu seperti kepunyaan arwah ibuku yang baru-baru ini telah dibunuh.

Angin malam yang dingin bertiup sepoi sepoi bahasa membuat bulu roma di belakang tengkukku berdiri tegak. Sambil membiarkan fikiranku menerawang sejenak, tiba-tiba lamunanku terhenti dengan kewujudan bayangan putih di luar tingkap kamarku. “Ish, adakah mataku bermain-main dengan mindaku?” hatiku berkata sendirian.Lebih baik aku tidur sekarang.

Kepenatanku hilang ditenangkan oleh malam yang sungguh nyaman dan mengerdip cantik. Aku berehat di atas katil sambil didodoi angin malam yang sayu.“Keceplanng!!!”Bunyi yang amat kuat itu membuatku tersentak dari tidurku. Kemudian suasana mula berubah. Suasana yang sunyi dan tenang itu mula membuat jantungku berdegup-degup kencang.“Apa yang pecah agaknya? Mahu kata kakak tetapi aku sahaja di rumah seorang.”bisik hatiku dengan kehairanan. Angin yang kencang menyepak-nyepak mukaku sebaik sahaja aku buka pintu.“Krreeakk!!” bunyi pintuku yang lama itu memecah sunyi malam

Cara untuk menulis surat kiriman

Surat Rasmi

Permulaan

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah East Spring dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melawat kampus Universiti Nasional Singapura. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan persatuan kami bagi pelajar-pelajar menengah 4.

Isi

Tujuan lawatan ini adalah untuk …..

Jika diizinkan, kami ….

Akhir sekali kami bercadang untuk …….

lecture

Semoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan semangat untuk kami belajar bagi menempuh peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dan seterusnya menjejakkan kaki di lembah ilmu ini dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti pengalaman di Universiti Nasional nanti akan memberi satu semangat yang tidak ternilai buat kami dan menjadi perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Penutup

Surat Permohonan

Saya berharap mudah-mudahan permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan tidak menolak permohonan kami memandangkan hasil lawatan ini pasti dapat memberi manfaat kepada kami. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Atau

Surat Aduan

Semoga aduan kami (pada kali ini) mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi berkunjung ke (kawasan perumahan) kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang (masalah yang terpaksa kami hadapi).Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Thursday, April 2, 2009

Sambutan Hari Persahabatan Kaum

Hari ini, aku berpakaian juba dilengkapkan dengan tarban. Wajahku dihiasi dengan misai yang melenting menyerupai wajah orang arab. Aku memakai capal dan badanku disembur dengan minyak atar. Tetapi aku terasa tidak sedap hati, kerana pakaianku tidak kena dengan beg sekolahku yang besar.Aku menaikiki bas 28 untuk ke sekolah. Ramai merenung ke arah aku. Aku rasa tidak selesa dan malu. Namun hatiku berniat untuk menyambut hari persahabatan kaum di sekolah bersama guru-guru dan rakan-rakanku.Kakiku melangkah ke dewan sekolah untuk menonton persembahan yang diadakan oleh kumpulan Budaya Singapura sempena perayaan ini. Ia mengisahkan empat rakan baik yang berbilang kaum datang ke sebuah negara untuk melanjutkan pelajaran. Namun negara itu menghadapi kesukaran untuk meharmonikan rakyatnya kerana pertengkahan anatara kaum. Persembahan itu memberi pengajaran bahawa persahabatan kaum itu penting untuk mendirikan negara.Aku juga sempat bergambar dengan rakan dan guruku yang mengenakan baju kurung, cheong sam dan berbagai-bagai. Ada yang tidak mengenakan apa-apa. Maksudnya mereka hanya memakai baju sekolah. Kami juga mengongsi makanan tradisional bangsa sesama rakan-rakan semasa di kelas. Aku menyumbangkan roti pita yang melambangkan makanan tradisional orang Arab. Aku juga dapat merasakan makanan orang Cina, Melayu, dan Tamil. Hatiku seperti was-was akan makanan itu samada ia halal atau tidak. Makanan itu seperti kuih bulan, roti canai, kek matahari, kuih tat dan juga chapati.Lepas sekolah, aku ke perpustakaan untuk membuat projek yang memerlukan penyelidikan mengenai bangsa-bangsa dan sejarahnya. Perhatianku tertarik kepada sebuah artikel lama yang menceritakan kisah lama yang terjadi di Singapura. Ia membabitkan pertengkahan antara dua kaum, Melayu dan Cina. Orang melayu sedang merayakan perayaan Hari lahir Nabi Muhammad. Mereka berbaris di jalan raya sambil mengalu-alukan nama Yang Maha Esa. Tetapi orang Cina seperti tidak senang hati akan perayaan yang diadakan itu. Orang itu membaling sebuah botol kearah kumpulan ramai. Selapas itu mereka bergaduh dan mengakibatkan ramai pembunuhan dan rusuhan berlaku.Secara keseluruhan pada hari tu, saya mempelajari bahawa tanpa Hari persahabatan kaum, kita tidak dapat mengalu-alukan persahabatan antara bangsa.