Tuesday, March 31, 2009

Belajar dengan kumpulan lebih baik daripada belajar sendirian. Bincangkan.

Ya. Saya setuju bahawa belajar dengan kumpulan lebih baik daripada belajar sendirian.

Apabila belajar dengan kumpulan, saya dapat mempelajari lebih banyak daripada belajar sendirian. Jika saya tidak tahu sesuatu, saya boleh tanya kawan saya. Semasa belajar sendirian, tiada sesiapa yang saya boleh tanya. Jadi, semasa saya belajar dengan kumpulan, saya dapat jawapan kepada soalan-soalan yang saya tidak tahu.

Bukan itu sahaja, saya boleh bersembang dengan kawan-kawan supaya tidak rasa bosan. Semasa belajar sendirian, saya senang menjadi bosan dan akan berhenti belajar tetapi semasa saya belajar bersama sekumpulan kawan, saya tidak akan merasa begitu bosan dan akan terus belajar.

Belajar dengan kawan juga ada keburukannya. Saya akan senang hilang fokus kerana selalu hendak berbual. Bila sudah mula berbual, tidak boleh berhenti. Bukan itu sahaja, jika satu sudah malas dan mahu berhenti belajar, semua juga akan terikut. Semasa belajar sendirian, saya dapat fokus kerana tidak ada orang yang kita dapat berbual dengan.

Saya tetap rasa bahawa belajar dengan kumpulan lebih baik kerana belajar sendirian terlalu membosankan dan saya rasa kesunyian.

Thursday, March 26, 2009

Hujung minggu ini

Di hujung minggu ini, saya dan keluarga saya akan pergi makan di Swenson's di White Sands. Ini akan menjadi kali kedua kita makan di situ. Tahun lalu adalah pertama kali kita makan di situ. Pada masa itu, bapa saya baru sahaja mendapat bonusnya. kita semua terperanjat apabila dia mengajak kita makan di situ. pada mulanya kita ingatkan dia membuat lawak, tetapi dia berjalan menuju ke kedai itu. kita pun mengikutnya. dia menanya orang yang bebekerja di situ jika ada tempat untuk kita duduk. Nasib kita ada satu keluarga yang baru sahaja habis makan. kita pun duduk di tempat itu.

Saya berasa gembira. menunya terdapat banyak pilihan. saya tidak tahu apa saya hendak pilih. Selepas memikir lama, saya bercadang untuk makan ais-krim yang kelihatan paling sedap. Anggapan saya tepat sekali. Ais-krimnya berasa sangat sedap, saya seperti hendak makan lagi satu tetapi saya kesiankan bapa saya.

Saya sudah lama menantikan hari untuk kita pergi makan di Swenson's sekali lagi dan hari itu sudah hampiri. Kali ini saya akan mencuba ais-krim yang lain. hmmmm..... air liur da meleleh....

Saturday, March 21, 2009

Filem Yang saya pernah tonton

Pursuit of Happyness adalah salah satu cerita yang aku suka. Cerita tentang seorang bapa bernama Chris gardner(Will Smith) yang mempunyai seorang anak lelaki, Christopher(Jaden Smith. Mereka hidup dalam kesusahan. Chris pada mulanya bekerja sebagai seorang jurujual tetapi barang yang harus dia menjual, sebuah peralatan seperti peralatan x-ray, tidak dibeli orang kerana terlalu mahal. Isterinya kemudian meninggalkannya. Namun, dia tidak berputus asa dan cuba mencari kerja. Dia dapat mengambil kursus untuk mendapat kerja sebagai 'stockbroker'. Lama-kelamaan, dier dapat menjual beberapa peralatan itu. Suatu hari, duitnya diambil kerana tidak membayar wang cukai. Kerana tidak ada wang untuk membayar sewa rumah , dia terpaksa keluar dari rumahnya. Dia dan anaknya terpaksa tidur di bas, tandas dan tempat-tempat lain. walaupun begitu, dia tabah dan bekerja keras. Akhirnya dia mendapat perkerjaan itu dan dia hidup senang. Cerita ini sangat menyedihkan dan adalah salah satu cerita terbaik saya pernah tonton.