Tuesday, April 28, 2009

Surat Kiriman

Muhammad Asyraf
Blk 354 Tampines St 33
#02-518
Singapura 520354

29/04/09

Pengurus Sistic
5 Stadium Walk
#08-01
Singapore Indoor Stadium
Singapore 196793

Tuan

PER: PERKHIDMATAN YANG KURANG MEMUASKAN

Berhubung perkara di atas, saya selaku pelanggan Sistic dengan sukacitanya ingin membuat aduan tentang perkhidmatan yang diadakan yang kurang memuaskan.

Pertama, layanan jurujual di kaunter tidak sopan. Dia berbual dalam sikap yang kurangajar. Mukanya garang. Dia tidak memberi senyuman kepada pelanggan. Dia juga kelihatan bosan membuat pekerjaan ini. Dia tidak bersemangat untuk melayan pelanggan-pelanggan yang perlukan pertolongan.

Kedua, saya menghadapi beberapa masalah apabila saya mengunjungi lelaman tuan. Masa ia mengambil untuk membuka sangat lama. Harga untuk tiket-tiket yang dijual oleh tuan tidak ditunjuki dalam lelaman tuan. Lelaman tuan juga seperti tidak dikemaskini. Tiket-tiket yang terbaru tidak terdapat di lelaman tuan. Kadang-kala, lelaman tuan tiba-tiba terhenti dan tidak berfungsi. Saya harap tuan akan memanggil seorang yang pakar untuk membaiki lelaman tuan.

Saya berharap tuan dapat memperbaiki semua masalah yang saya telah sebuti di atas supaya lebih senang untuk pelanggan-pelanggan seperti saya untuk membeli tiket. Kerjasama yang diberikan oleh tuan terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih

Yang benar

[MUHAMMAD ASYRAF]

No comments:

Post a Comment