Di hujung minggu ini, saya dan keluarga saya akan pergi makan di Swenson's di White Sands. Ini akan menjadi kali kedua kita makan di situ. Tahun lalu adalah pertama kali kita makan di situ. Pada masa itu, bapa saya baru sahaja mendapat bonusnya. kita semua terperanjat apabila dia mengajak kita makan di situ. pada mulanya kita ingatkan dia membuat lawak, tetapi dia berjalan menuju ke kedai itu. kita pun mengikutnya. dia menanya orang yang bebekerja di situ jika ada tempat untuk kita duduk. Nasib kita ada satu keluarga yang baru sahaja habis makan. kita pun duduk di tempat itu.
Saya berasa gembira. menunya terdapat banyak pilihan. saya tidak tahu apa saya hendak pilih. Selepas memikir lama, saya bercadang untuk makan ais-krim yang kelihatan paling sedap. Anggapan saya tepat sekali. Ais-krimnya berasa sangat sedap, saya seperti hendak makan lagi satu tetapi saya kesiankan bapa saya.
Saya sudah lama menantikan hari untuk kita pergi makan di Swenson's sekali lagi dan hari itu sudah hampiri. Kali ini saya akan mencuba ais-krim yang lain. hmmmm..... air liur da meleleh....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda kata anda akan pergi makan hujung minggu ini tetapi anda menceritakan bahawa anda sedang pergi.
ReplyDelete