Saturday, March 21, 2009

Filem Yang saya pernah tonton

Pursuit of Happyness adalah salah satu cerita yang aku suka. Cerita tentang seorang bapa bernama Chris gardner(Will Smith) yang mempunyai seorang anak lelaki, Christopher(Jaden Smith. Mereka hidup dalam kesusahan. Chris pada mulanya bekerja sebagai seorang jurujual tetapi barang yang harus dia menjual, sebuah peralatan seperti peralatan x-ray, tidak dibeli orang kerana terlalu mahal. Isterinya kemudian meninggalkannya. Namun, dia tidak berputus asa dan cuba mencari kerja. Dia dapat mengambil kursus untuk mendapat kerja sebagai 'stockbroker'. Lama-kelamaan, dier dapat menjual beberapa peralatan itu. Suatu hari, duitnya diambil kerana tidak membayar wang cukai. Kerana tidak ada wang untuk membayar sewa rumah , dia terpaksa keluar dari rumahnya. Dia dan anaknya terpaksa tidur di bas, tandas dan tempat-tempat lain. walaupun begitu, dia tabah dan bekerja keras. Akhirnya dia mendapat perkerjaan itu dan dia hidup senang. Cerita ini sangat menyedihkan dan adalah salah satu cerita terbaik saya pernah tonton.

1 comment: