Tuesday, May 26, 2009

Suatu peristiwa yang mengubah hidup saya...

Sedang aku duduk di sebelah tingkap, aku termenung melihat kanak-kanak yang sedang bermain di padang. Mereka kelihatan sangat gembira. Tiba-tiba, air mata mengalir dari mataku. Aku teringat akan peristiwa yang pahit yang terjadi empat bulan lalu.

Aku adalah anak tunggal di keluargaku. Oleh itu, aku dimanja oleh ibubapaku. Pada suatu hari, aku terpaksa pulang rumah lewat dari sekolah kerana ada kelas tambahan. Namun aku tidak kisah kerana hari itu sangat istimewa kepadaku. Hari itu adalah hari jadiku yang kesepuluh. Apabila aku sampai di sekolah, aku dikelilingi oleh rakan-rakanku yang ingin mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Aku amat gembira dan bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang baik. Aku tersenyum lebar sepanjang hari.

Apabila lonceng sekolah berdering, aku mengemaskan barang-barangku dengan cepat. Aku ingin pulang rumah siang kerana ibubapaku telah memberitahuku yang mereka hendak mengajakku keluar. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, aku terus memasuki bilik tandas untuk mandi. Selepas mandi, aku bersiap sedia untuk keluar bersama keluargaku. Apabila semua sudah siap-sedia, kita pun berangkat.

Aku sangat ghairah kerana aku tidak tahu kemana ibubapaku hendak membawaku. Sepanjang perjalanan di dalam kereta, aku tertanya-tanya kepada mereka kemanakah kita hendak pergi tetapi mereka hanya menjawab ia sebuah kejutan untuk aku. Akhirnya, kita sampai ke destinasi kita. Selepas berjalan beberapa minit, kita berhenti di sebuah kedai telefon bimbit. Pada mulanya, aku fikir mereka hanya bergurau tetapi selepas melihat muka ibubapakubaru aku percaya. Aku loncat dalam kegembiraan dan teros melari masuk ke dalam kedai itu.

Terdapat pelbagai jenis telefon bimbit yang canggih. Aku memilih telefon yang paling canggih. Walaupun harganya tinggi, ibubapaku tetap membelikannya untuk aku. Hatiku penuh dengan kegembiraan. Selepas itu, kita pergi makan di restoran kegembiraanku. Makanan yang dijual di restoran itu mahal tetapi kerana aku,ibubapaku sanggup lakukan apa-apa. Aku sangat beterima kasih kepada mereka.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku sedang mencuba telefon bimbit baruku. Tiba-tiba, aku terdengar ibuku memekik. Bapa cuba mengelak kereta yang sedang menuju ke arah kami tetapi gagal. Kereta kita terpusing-pusing selepas terlanggar kereta itu lalu terbalik. Aku hilang kesedaran. Apabila aku bangun, aku terlantar di katil hospital. Seorang jururawat yang berada di sebelahku menjelaskan segalanya yang telah terjadi. Alangkah terkejutnya aku apabila diberitahu ibubapaku sudah meninggal dan aku sudah lumpuh. Hatiku pecah seribu mendengar kata-kata jururawat itu. Hari yang pada mulanya gembira umtukku menjadi sedih.

Kini aku jarang keluar dari rumah. Makcikku yang sekarang menjagaku asyik memberitahuku untuk melupakan peristiwa itu. Dia mengatakan bahawa dia sedih melihatku dalam keadaan begini namun berapa berat mata memandang berat juga bahu memikul. Peristiwa itu telah mengubah hidupku selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment