Wednesday, August 12, 2009

NATIONAL DAY...

Pada Ahad lalu, Singapura merayai Hari Kebangsaannya yang ke-44. Sebenarnya, pada hari itu aku sedang menunggu untuk menonton perlawanan bola sepak antara Chelsea dan Manchester United. Sambil menunggu, aku menukar kepada 'Channel 5' untuk menonton perayaian Hari Kebangsaan Singapura. Pada mulanya, aku ingat bahawa ia akan sama seperti perayaian tahun lalu. Aku menonton Presiden S. R. Nathan tiba di stadium Marina Bay di dalam sebuah kereta panjang yang diikuti oleh beberapa anggota polis. Apabila beliau keluar dari kereta panjang itu, penonton-penonton yang berada di stadium semua berdiri dan menepuk tangan dengan kuat.

Selepas beliau sudah menduduk, persembahan dimulakan. Persembahannya agak menarik. Terdapat persembahan joget, menyanyi, silat dan macam-macam. Lagu Hari Kebangsaan tahun ini amat sedap. Lepas itu, Commander meminta izin daripada Presiden untuk melanjutkan barisan mereka. Selepas mendapat izin beliau, askar-askar memulakan barisan mereka dan aku sangat kagum kerana barisan mereka tidak terdapat apa-apa kesilapan. Selepas itu terdapat kapal terbang laju yang membuat persembahan di langit.

Selepas itu, persembahan berakhir dan aku terus menonton perlawanan bola sepak. Pasukan kegemaranku, Chelsea, berjaya untuk mengalahkan Manchester United dan mendapat piala. Aku sangat bahagia pada hari itu kerana persembahan Hari Kebangsaan tahun ini amat memuaskan dan pasukan bola kegemaranku telah memenangi piala.

1 comment:

  1. see my site more about this..
    http://mekongpeace.blogspot.com

    ReplyDelete